Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M

Salam Sejahtera.

Agak Lama juga Blog sekolah tidak dikemaskini. Banyak kekangan sering dihadapi menyebabkan ianya terlupakan seketika. walaupun cuti akhir tahun hampir dua bulan, namun banyak tugasan peribadi, keluarga dan sosial yang terpaksa dilaksanakan.

Penggal Persekolahan 2009 dah bermula dua minggu. Ada guru yang bertukar keluar negeri, dalam negeri dan dalam daerah. Bagi mereka Selamat Bertugas di tempat baru dan Selamat Datang diucapkan kepada yang baru menjadi anggota baru warga sekolah ini. Tempat kerja sahaja yang bertukar, tugasan kita tetap sama sahaja sebagai “Murabbi”.

Sessi pelajaran telah berjalan dengan lancar sejak hari pertama lagi. Aktiviti-aktiviti telah berjalan sebagaimana yang telah dijadualkan. Mesyuarat, taklimat dan sebagainya sedang rancak dilaksanakan. Suatu perubahan ketara tahun ini nampaknya dilaksanakan di sekolah kami. Setiap kali sebelum perjumpaan diadakan, pastinya ada ” lunch ” disediakan.

Semoga tahun ini akan memberikan lebih kekuatan, keceriaan, kecemerlangan dan ketenangan kepada semua warga kami untuk melaksanakan tugasan masing-masing.

Selamat Bertugas, ” Bersama Martabatkan Prestasi Pendidikan”.

One Response to “Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M”

  1. Cikgu Mat Zait Says:

    SELAMAT TAHUN BARU DIUCAP KEPADA SEMUA. JADIKANLAH HIJRAH 1430 SEBAGAI PERMULAAN PENGHIJRAHAN DIRI KE ARAH YANG TERBAIK DALAM MEMASTIKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DILAKSANA MENGIKUT LANDASAN KEREDHAAN ALLAH SENTIASA. KEPADA SEMUA ANAK MURID DIDIKANKU TEMPUHILAH KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH KETABAHAN. INGAT SEGALA KETENTUAN DATANGNYA DARI ALLAH. OLEH ITU KETAATAN AMAT PENTING, BUKAN SAHAJA KEPADA ALLAH MALAHAN KEPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU. DRP CIKGU MAT ZAIT

Leave a Reply