VOTE EARTH

Posted in Informasi Terkini on March 25, 2009 by mosasita59

YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE

undi-dunia1

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.

This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Posted in Album, Informasi Terkini on March 23, 2009 by mosasita59

maulud09

Majlis sambutan Malidur Rasul 2009 telah diadakan di sekolah ini dengan penuh meriah pada hari ini. Ia dimulai dengan perarakan mengikut rumah sukan sejauh 2 kilometer, pertandingan melaungkan azan, persembahan nasyid dan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid.
dsc050181 dsc05019dsc05026 dsc05035 dsc05038
Selepas semua acara selesai dilangsungkan satu jamuan tengahari untuk guru dan kakitangan diadakan di kantin sekolah.
dsc05040 dsc05045 dsc05047 dsc05046 dsc05049 dsc05050
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan dan azan telah disempurnakan oleh Guru Besar di Dewan Ilmu.
dsc05054 dsc05059 dsc05062 Semasa acara pertandingan azan berlangsung, acara kuiz lisan dibuat untuk memberikan keselesaan kepada murid. Mereka yang dapat menjawab soalan yang dikemukakan telah menerima hadiah. dsc05066 dsc05067 dsc05071 dsc05072 dsc05074 dsc05085 dsc05086 dsc05091 dsc05093 dsc05094
Johan keseluruhan pertandingan perarakan telah disandang oleh Rumah Merah diikuti Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.
dsc05098 dsc05100 dsc05104 dsc05110 dsc05114 dsc05115

lawak la pulaaak

Posted in BlogMaster on March 13, 2009 by mosasita59

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

“Mmmm, tulis saja “Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

“SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS.
SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.”

SKEMA OTI 1 2009

Posted in Informasi Terkini, Kurikulum on March 13, 2009 by mosasita59

bahasa_melayu_tahun_3___k1_k21, bahasa_melayu_tahun_4___ki1, bahasa_melayu_tahun_5___k1_k2, bahasa_melayu_tahun_6___ki_k2, matematik_tahun_4___ki, matematik_tahun_5___ki, matematik_tahun_6___ki, skema_oti1_ai-thn_4_2009, skema_oti_1-sns_09_tahun_5, skema_oti_1_thn_6_ai_2009, skima_sct6oti1

SKEMA DI ATAS DARI SUMBER ukrspajpnt.blogspot.com setakat jumaat 2.30 ptg. Tuan puan boleh download dan print sebagai panduan pemeriksaan kertas ujian tersebut. Terima kasih.

BIAR KENA TEMPATNYA…

Posted in TUTORIAL on February 24, 2009 by mosasita59

LATIHAN PRA

Posted in Informasi Terkini on February 23, 2009 by mosasita59

Dua orang pelatih dari IPSMB iaitu Cik Norasy Asyifa Aziz dan Cik Irma Yasmin Rukma sedang menjalani Praktikum di sekolah ini mulai 15 Februari hingga 16 April. Mereka berada di sini selama dua bulan untuk melengkapkan sesi latihan Tahun 2 dalam Bidang Pendidikan Pra Sekolah. Warga SK Kampung Baharu mengalu-alukan kedatangan mereka semoga berjaya dengan cemerlang.

dsc04963Cik Irma Yasmin Rukma

dsc04964Cik Norasy Asyifa Aziz

SOLAT HAJAT DAN KUTIPAN DERMA GAZA

Posted in Informasi Terkini on February 21, 2009 by mosasita59

Satu majlis Solat Hajat dan Kutipan derma untuk membantu penduduk Gaza yang diserang Israel telah diadakan di Masjid Hadhari Jerteh mlm tadi. Majlis bermula dengan solat Maghrib, Ucapan aluan oleh YB Pahemi ( ADUN Kota Putera) mengantikan YB Dato Seri Idris Jusoh yg tidak dapan hadir kerana mesyuarat di Kuala Lumpur. Turut Hadir ialah  YB Kuala Besut, Yb Jabi dan YB Hulu Besut.

Satu penerangan mengenai pengalaman berada di Gaza oleh En Razali Awang ( Pemberita TV3) yang membuat liputan di sana selama enam hari turut di adakan. Tayangan Video mengenai Gaza di buat di Masjid dan Di Tapak Pasar malam Jerteh.

Selepas solat hajat kutipan derma di lancarkan dan berjaya mengumpul sebanyak RM64,000 . Semua derma di serahkan kepada pihak TV3 yang akan menyampaikan kepada pihak yg terlibat.

Larian Sihat 2009

Posted in Album, Informasi Terkini, Kokurikulum on February 14, 2009 by mosasita59

Program Larian Sihat diadakan setiap tahun. Bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari emosi dan fizikal. Dengannya akan membolehkan murid menghadapi pelajaran dengan berkesan. Ia telah dijalankan pada 12 Feb ( Khamis) yang lepas.

Sebelumnya setiap rumah sukan telah mengadakan latihan selama tiga hari.

Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M

Posted in Informasi Terkini on January 13, 2009 by mosasita59

Salam Sejahtera.

Agak Lama juga Blog sekolah tidak dikemaskini. Banyak kekangan sering dihadapi menyebabkan ianya terlupakan seketika. walaupun cuti akhir tahun hampir dua bulan, namun banyak tugasan peribadi, keluarga dan sosial yang terpaksa dilaksanakan.

Penggal Persekolahan 2009 dah bermula dua minggu. Ada guru yang bertukar keluar negeri, dalam negeri dan dalam daerah. Bagi mereka Selamat Bertugas di tempat baru dan Selamat Datang diucapkan kepada yang baru menjadi anggota baru warga sekolah ini. Tempat kerja sahaja yang bertukar, tugasan kita tetap sama sahaja sebagai “Murabbi”.

Sessi pelajaran telah berjalan dengan lancar sejak hari pertama lagi. Aktiviti-aktiviti telah berjalan sebagaimana yang telah dijadualkan. Mesyuarat, taklimat dan sebagainya sedang rancak dilaksanakan. Suatu perubahan ketara tahun ini nampaknya dilaksanakan di sekolah kami. Setiap kali sebelum perjumpaan diadakan, pastinya ada ” lunch ” disediakan.

Semoga tahun ini akan memberikan lebih kekuatan, keceriaan, kecemerlangan dan ketenangan kepada semua warga kami untuk melaksanakan tugasan masing-masing.

Selamat Bertugas, ” Bersama Martabatkan Prestasi Pendidikan”.

TAHNIAH

Posted in Informasi Terkini on November 15, 2008 by mosasita59

SELURUH WARGA SK KG BAHARU MENGUCAPKAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA 23 CALON UPSR 2008 YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 5A. SEMOGA ANDA AKAN TERUS MENGAPAI KEJAYAAN  MENDATANG.

TERIMA KASIH.

FINAL EXAM 2008

Posted in Informasi Terkini, JADUAL PEPERIKSAAN, Kurikulum on October 18, 2008 by mosasita59

Sila klik pada pautan di bawah untuk download atau cetak Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2008

final08t1“>JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008 TAHAP SATU

final08t2“>JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008 TAHAP DUA

Relak Jap

Posted in VIDEO on October 11, 2008 by mosasita59

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1429H/2008M

Posted in Album, Informasi Terkini on September 29, 2008 by mosasita59

Selamat Hari Raya Eidul Fitri diucapkan kepada semua Warga Sekolah ini, murid-murid, ibubapa dan semua Muslimin dan Muslimat walau di mana saja berada. Semoga Hari lebaran ini anda semua berbahagia bersama keluarga tercinta. Tidak dilupakan kepada sesiapa saja yang pernah singgah di blog sekolah ini.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

UPSR 2008

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on September 8, 2008 by mosasita59

DIUCAPKAN

SELAMAT MENDUDUKI

PEPERIKSAAN UPSR

KEPADA SEMUA CALON

DARI SEKOLAH INI

DAN UMUMNYA KEPADA SEMUA

518616

CALON UPSR

DI SELURUH NEGARA.

SEMOGA ANDA SEMUA

DIANUGERAHI DENGAN

KECEMERLANGAN.

Restuilah Kami Cikgu…

Posted in GALERI UPSR, Informasi Terkini, Kurikulum on September 8, 2008 by mosasita59

“Majlis Restu Ilmu” calon UPSR telah diadakan hari ini di Dewan Sekolah bermula jam 11.15pagi. Ianya bertujuan memberikan dorongan dan kekuatan semangat kepada semua murid dlm menempuh peperiksaan esok.

Dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, Penyelaras Tahun, Guru-guru yang mengajar Tahun 6, Guru Bimbingan, Guru Matapelajaran, Penyelaras UPSR, GP Kanan, Wakil PIBG dan di akhiri dengan ucapan Guru Besar.

Selepas itu acara bersalaman antara semua murid calon UPSR dengan semua guru serta pemberian peralatan peperiksaan yang akan digunakan esok.